Majlis menandatangani Perjanjian KUIZM Dengan UIN Raden Fatah, Palembang

Di dalam ucapan pembukaan oleh Rektor KUIZM, di samping mengalu-alukan kedatangan pihak UIN Raden Fatah, Palembang turut menekankan bahawa kerjasama strategik (strategic collaboration) ini dapat dikembangkan lagi bagi menerokai keperluan terkini dunia pendidikan khususnya bagi pasca-siswazah dalam bidang penyelidikan ‘futuristic study’ dalam bidang eskatologi iaitu penyelidikan tentang peristiwa-peristiwa yang berlaku akhir zaman.

Dr Kusnadi melahirkan rasa gembira dapat hadir ke KUIZM serta menyatakan menjadi tanggungjawab beliau untuk meneruskan memorandum persefahaman (MoU) yang telah dimeterai pada tahun 2014 yang lalu bagi memastikan kesinambungan kerjasama antara KUIZM dan UIN Raden Fatah dan menjadi medium bagi pelajar-pelajar KUIZM melanjutkan pengajian ke peringkat yang lebih tinggi lagi.

Author: kuizm

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *